Sunday, November 21, 2010

MEASURING VOLUME ...

PENGENALAN

PENGENALAN

Topik isipadu cecair ( volume of liquid ) merupakan salah satu topik yang penting untuk dipelajari oleh murid-murid Tahun 2. Walaubagaimanapun ada ketikanya berlaku salah konsep dalam pengukuran isipadu cecair ini ( misconception on capacity ) terutamanya melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai persepsi bahawa perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat lagi tinggi suatu bekas berbanding kapasitinya. Contohnya, apabila disoal tentang bekas mana yang mempunyai lebih isipadu, sama ada bekas yang lebih tinggi atau yang lebih rendah, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang lebih rendah mempunyai lebih isipadu.

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (non standard units)  seperti penuh ( full ), separuh penuh ( half full ) dan kosong ( empty ). Kapasiti juga boleh diukur dengan menggunakan standard unit ( unit piawai ) seperti dan millimeter (ml) dan liter (l). Terdapat beberapa kemahiran di dalam topik Isipadu Cecair Tahun 2. Di antaranya ialah mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair, mengukur isipadu cecair menggunakan pengukursn bukan piawai, memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipsdu cecair dan mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter ( l ) dan milliliter ( ml ).



BAHAN BANTU MENGAJAR 1

BAHAN BANTU MENGAJAR 1 ( BBM 1 )

DIGUNAKAN UNTUK MURID LEMAH

Hasil Pembelajaran :

Menggunakan Perbendaharaan Kata Mengenai Isipadu Cecair Dalam Konteks Harian
( use the vocabulary related to volume in practical context )




BAHAN –BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN :

Bahan-bahan yang digunakan ialah air yang dicampur dengan pewarna, pelbagai jenis gelas dan cawan, jag dan juga pelbagai jenis botol mineral yang dibuka pembalutnya.

PENERANGAN:
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) ini digunakan untuk memperkenalkan istilah-istilah penuh ( full ), separuh penuh ( half full ) dan kosong ( empty ). Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang pernah dilihat dan digunakan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian mereka.

Adalah lebih praktikal sekiranya bahan-bahan tersebut terdiri daripada bahan-bahan plastik yang jernih supaya isipadu air dapat dilihat dengan jelas dan bagi mengelakkannya  pecah sekiranya ia adalah bahan-bahan kaca. Bahan-bahan tersebut juga terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid bahawa apa jenis bentuk dan bahan yang digunakan sekalipun, kita masih dapat mengenalpasti sama ada kapasiti cecair tersebut penuh, separuh penuh ataupun kosong.

.CONTOH PENGGUNAAN BBM:

BAHAN BANTU MENGAJAR 2

BAHAN BANTU MENGAJAR 2 (BBM 2)
DIGUNAKAN UNTUK MURID CEMERLANG
Hasil Pembelajaran :

Mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
( measure volume of liquid using non-standard units  )

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN:
Bahan-bahan yang digunakan seperti jag, teko, baldi dan juga beberapa biji gelas, cawan dan botol mineral yang sama saiz.

PENERANGAN :
BBM ini digunakan untuk mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai. Contohnya sebuah jag dapat mengisi cecair di dalam 4 buah gelas yang sama saiz. Pada permulaannya guru membuat demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana untuk membandingkan dua jenis cecair secara terus.
Seterusnya, murid-murid pula mencuba untuk membandingkan dua dua jenis cecair secara terus dan mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai dengan mengggunakan bahan-bahan yang disediakan.


 
CONTOH PENGGUNAAN BBM  :

SEBUAH JAG DAPAT MENGISI AIR DI DALAM 3 GELAS YANG SAMA SAIZ

P&P (1) 1/2

 
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1
( Digunakan untuk murid-murid lemah )

Hasil Pembelajaran :
Menggunakan perbendaharaan kata mengenai cecair dalam konteks harian

Bahan-bahan :
2 jag air berwarna yang disediakan guru, pelbagai bentuk dan saiz gelas, cawan dan botol air mineral yang telah dibuka pembalut botolnya.

Perbendaharaan Kata :
Kosong, separuh penuh dan penuh

Aktiviti :
  1. Guru memulakan demonstrasi dengan menggunakan bahan-bahan yang sama bentuk dan saiz terlebih dahulu.
  2. Guru menggunakan 3 gelas yang sama saiz dan bentuk.
  3. Memperkenalkan perkataan / kosa kata ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan ‘penuh’.
  4. Guru mengisi air mengikut kosa kata tersebut dan menunjukkan kepada murid isipadu yang ‘separuh penuh’ , ‘penuh’ dan ‘kosong’.
  5. Guru meneruskan penerangan dengan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza bentuk dan saiz.
  6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  7. Di dalam kumpulan, murid mengisi air di dalam bekas yang disediakan mengikut kosa kata sepertimana yang diarahkan guru.
  8. Murid meneruskan aktiviti berdasarkan arahan yang diberikan oleh ahli kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir.
  9. Murid membuat kesimpulan dan rumusan dengan bimbingan guru.
  10. Murid menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
  11. Perbincangan jawapan dan guru membuat rumusan keseluruhan.

P&P(1) 2/2 LEMBARAN KERJA

P&P(2) 1/3