BAHAN BANTU MENGAJAR 1 ( BBM 1 )
DIGUNAKAN UNTUK MURID LEMAH
Hasil Pembelajaran :
Menggunakan Perbendaharaan Kata Mengenai Isipadu Cecair Dalam Konteks Harian
( use the vocabulary related to volume in practical context )
BAHAN –BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN :
Bahan-bahan yang digunakan ialah air yang dicampur dengan pewarna, pelbagai jenis gelas dan cawan, jag dan juga pelbagai jenis botol mineral yang dibuka pembalutnya.
PENERANGAN:
PENERANGAN:
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) ini digunakan untuk memperkenalkan istilah-istilah penuh ( full ), separuh penuh ( half full ) dan kosong ( empty ). Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang pernah dilihat dan digunakan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian mereka.
Adalah lebih praktikal sekiranya bahan-bahan tersebut terdiri daripada bahan-bahan plastik yang jernih supaya isipadu air dapat dilihat dengan jelas dan bagi mengelakkannya pecah sekiranya ia adalah bahan-bahan kaca. Bahan-bahan tersebut juga terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid bahawa apa jenis bentuk dan bahan yang digunakan sekalipun, kita masih dapat mengenalpasti sama ada kapasiti cecair tersebut penuh, separuh penuh ataupun kosong.
.CONTOH PENGGUNAAN BBM:
No comments:
Post a Comment