PENGENALAN
Topik isipadu cecair ( volume of liquid ) merupakan salah satu topik yang penting untuk dipelajari oleh murid-murid Tahun 2. Walaubagaimanapun ada ketikanya berlaku salah konsep dalam pengukuran isipadu cecair ini ( misconception on capacity ) terutamanya melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai persepsi bahawa perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat lagi tinggi suatu bekas berbanding kapasitinya. Contohnya, apabila disoal tentang bekas mana yang mempunyai lebih isipadu, sama ada bekas yang lebih tinggi atau yang lebih rendah, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang lebih rendah mempunyai lebih isipadu.
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (non standard units) seperti penuh ( full ), separuh penuh ( half full ) dan kosong ( empty ). Kapasiti juga boleh diukur dengan menggunakan standard unit ( unit piawai ) seperti dan millimeter (ml) dan liter (l). Terdapat beberapa kemahiran di dalam topik Isipadu Cecair Tahun 2. Di antaranya ialah mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair, mengukur isipadu cecair menggunakan pengukursn bukan piawai, memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipsdu cecair dan mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter ( l ) dan milliliter ( ml ).
No comments:
Post a Comment