BAHAN BANTU MENGAJAR 2 ( BBM 2 )
DIGUNAKAN UNTUK MURID CEMERLANG
Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
( measure volume of liquid using non-standard units )
BAHAN –BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN :
Bahan-bahan yang digunakan seperti jag, teko, baldi dan juga beberapa biji gelas, cawan dan botol mineral yang sama saiz.
PENERANGAN :
BBM ini digunakan untuk mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai. Contohnya sebuah jag dapat mengisi cecair di dalam 4 buah gelas yang sama saiz. Pada permulaannya guru membuat demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana untuk membandingkan dua jenis cecair secara terus. Seterusnya, murid-murid pula mencuba untuk membandingkan dua dua jenis cecair secara terus dan mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai dengan mengggunakan bahan-bahan yang disediakan.
CONTOH PENGGUNAAN BBM
SEBUAH JAG DAPAT MENGISI AIR DI DALAM 3 GELAS YANG SAMA SAIZ |