P&P 1

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1
( Digunakan untuk murid-murid lemah )



Hasil Pembelajaran :
Menggunakan perbendaharaan kata mengenai cecair dalam konteks harian

Bahan-bahan :
2 jag air berwarna yang disediakan guru, pelbagai bentuk dan saiz gelas, cawan dan botol air mineral yang telah dibuka pembalut botolnya.

Perbendaharaan Kata :
Kosong, separuh penuh dan penuh

Aktiviti :
  1. Guru memulakan demonstrasi dengan menggunakan bahan-bahan yang sama bentuk dan saiz terlebih dahulu.
  2. Guru menggunakan 3 gelas yang sama saiz dan bentuk.
  3. Memperkenalkan perkataan / kosa kata ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan ‘penuh’.
  4. Guru mengisi air mengikut kosa kata tersebut dan menunjukkan kepada murid isipadu yang ‘separuh penuh’ , ‘penuh’ dan ‘kosong’.
  5. Guru meneruskan penerangan dengan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza bentuk dan saiz.
  6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  7. Di dalam kumpulan, murid mengisi air di dalam bekas yang disediakan mengikut kosa kata sepertimana yang diarahkan guru.
  8. Murid meneruskan aktiviti berdasarkan arahan yang diberikan oleh ahli kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir.
  9. Murid membuat kesimpulan dan rumusan dengan bimbingan guru.
  10. Murid menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
  11. Perbincangan jawapan dan guru membuat rumusan keseluruhan.