AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2
( Digunakan untuk murid-murid cemerlang )
Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
Bahan-bahan :
Sebuah baldi, jag dan teko yang berisi air serta beberapa biji gelas, botol air mineral dan cawan yang sama saiz.
Aktiviti :
- Guru membuat demonstasi dengan menggunakan sebuah jag dan beberapa biji gelas dan cawan.
- Murid diminta mengemukakan anggaran kepada guru berapa biji gelas dan cawan yang dapat diisi dengan air daripada jag tersebut.
- Guru menunjukkan jadual anggaran dan isipadu air yang sebenar di papan tulis.
4. Murid-murid menjalankan aktiviti di dalam kumpulan.
5. Setiap kumpulan diberikan set bahan yang berlainan saiz dan satu bekas berisi air seperti baldi, teko, jag dan sebagainya lagi.
6. Murid diminta mengisi bekas tersebut dengan air.
7. Murid diminta membuat anggaran bilangan gelas, cawan ataupun botol air mineral yang dapat diisi daripada air yang terdapat daripada bekas air yang diberikan tadi.
8 .Seterusnya murid diminta mendapatkan bilangan sebenar bekas yang dapat diisi dengan air.
9 .Murid diminta merekod penemuan mereka di dalamjadual.
10. Murid diminta menulis penemuan mereka.
Contohnya :
i- Isipadu air di dalam jag dapat mengisi ……………… biji gelas.
ii- Isipadu air di dalam baldi dapat mengisi………………..biji botol air mineral.
iii- Isipadu air di dalam teko dapat mengisi………………biji cawan.
11. Murid membuat rumusan keseluruhan dengan bimbingan guru dan menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.